
Assalamualaikum wrb.
Bulan yang penuh berkat..ramadhan, telah berlalu. Kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri juga telah pergi. Kehidupan kembali seperti biasa dengan beberapa perubahan pada emosi dan gaya hidup.
Mengenang semua yang telah dilalui.. menghadapi apa yang di depan kini.. dan, memikirkan hari muka… timbul SEMANGAT baru dalam diri…
SEMANGAT untuk mengatur diri menjadi lebih tenang dan stabil.. SEMANGAT untuk menjadi lebih baik.. SEMANGAT untuk berusaha mendapatkan apa yang dikehendaki…
SEMANGAT tu dah ada, Alhamdulillah.. semoga usaha yang lahir daripada semangat ini lebih BESAR DAN KUAT daripada SEMANGAT itu sendiri..!!
Dan BERDOA.. dan PENYERAHAN SEPENUHNYA kepada Qudrat dan Iradat ALLAH (SWT) seiring SEMANGAT DAN USAHA itu.
Apapun, semacam 'RESTART' diri sendiri..TAUBAT! Kembali kepada fitrah diri yang suci yang menginginkan segala yang BAIK DAN TERBAIK!
Akhirnya, apalah ada pada SEMANGAT.. apalah ada pada USAHA... apalah ada pada DOA.. dan, apalah ada pada PENYERAHAN jika tidak dimulai dengan PEMBERSIHAN DAN PENYUCIAN…iaitu TAUBAT!
NORUDIN DRAMAN
(Penulis http://ustazcahaya.blogdrive.com)
Posted at 10:09 pm by
ustazcahaya
Permalink
Ustaz Cahaya::Salam Perkenalan
Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Assalaamu'alaikum wrb..
Tiada Tuhan Selain Allah Yang Maha Pemurah (lagi) Maha Pengasih. Maha Suci Allah Yang Memiliki Arasy Yang Luhur. Segala Puji Bagi Allah Yang Menciptakan Sekalian Alam.
Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah (saw), Kaum Kerabat, Para Sahabat dan Sesiapa yang mengikuti Baginda hingga Hari Kiamat.
Salam Perkenalan dari Ustaz Cahaya [senyum perkenalan untuk semua
]. Terima Kasih atas kunjungan saudara ke blog ustaz ni & moga ia bukan kunjungan pertama dan terakhir, Insya-Allah..Amin'
Sesungguhnya Allah (SWT) menciptakan manusia dalam pelbagai rupa, warna kulit, bangsa dan budaya adalah supaya manusia saling berkenalan, saling berhubungan dan saling melengkapi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi. Pasti, kepelbagaian (variasi manusia) itu menjadi bukti kepada sifat Maha Pencipta Allah Yang Maha Bijaksana. Subhanallah...
Atas kesedaran inilah, maka Ustaz Cahaya mengusahakan blog ini. Semoga blog ini menjadi medan(wadah) untuk kita untuk saling berkenalan, saling berhubungan, saling melengkapi dan saling membantu dalam melaksanakan tanggungjawab sabagai Khalifah di bumi Allah ini..Amin
"Ke Arah Komuniti Yang Saling Menyebarkan Kebaikan "
Posted at 11:46 am by
ustazcahaya
Permalink